Belasah Suami Isteri Kerana Duit Sewa, Dua Suspek Ditangkap Polis

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Susulan daripada rakaman video cctv yang tular di laman sosial yang memaparkan pasangan suami isteri yang dibelasah oleh lima lelaki di Api-Api Centre, Kota Kinabalu, dua daripada suspek telah ditangkap polis.

LIHAT : (Video) Wanita Bantu Suami Turut Dibelasah Botak Gemuk Hingga Pengsan

Memetik Harian Metro, punca sebenar pasangan suami isteri, mangsa warga Pakistan dan isterinya warga tempatan itu dibelasah disebabkan isu pembayaran sewa pangsapuri.

Menurut pihak polis, dua suspek berusia 37 dan 67 tahun ditahan Selasa lalu, dua hari selepas pergaduhan yang berlaku pada 2 Jun lalu, manakala beberapa individu yang turut terbabit dalam kejadian berkenaan masih dalam buruan pihak polis.

“Sebelum kejadian, mangsa yang juga penyewa pangsapuri itu didatangi wanita dan lelaki yang juga pemilik rumah.

“Namun hasil perbincangan mangsa dan pemilik rumah tidak berjalan lancar sebelum terjadi pergaduhan mulut,” – Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan George Abd Rakman.

Pergaduhan kemudiannya tercetus membabitkan bapa dan abang pemilik rumah dan kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*