Suspek Bunuh Kerat Lapan Ditahan Di Singapura, Kepala Mangsa Masih Belum Ditemui

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Semalam kita dikejutkan oleh berita mengenai penemuan dua mayat ibu dan anak yang dikerat lapan di Kampung Ladang, Krubong, Melaka, semalam.

BACA : Berang Cinta Tidak Berbalas, Lelaki Rakyat Malaysia Bunuh & Setubuh Mayat Gadis Dicintai

Hasil daripada kerjasama dengan polis Singapura, polis menahan seorang lelaki warga Singapura yang merupakan suami dan ayah tiri kepada mangsa.

Kejadian yang dipercayai berlaku di rumah teres dua tingkat milik mangsa di Taman Merdeka Jaya sebelum keratan mayat dibuang ke lokasi yang lain.

“Waran tangkap dipohon di hadapan Majistret Melaka dan usaha untuk membawa suspek ke Malaysia sedang dijalankan.

“Siasatan lanjut akan diteruskan setelah tahanan reman ke atas suspek di perolehi,” – jelas Ketua Polis Melaka Datuk Mat Kasim Karim kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, sebuah laporan pembunuhan kejam berkaitan dengan kes bunuh ibu dan anak ini viral di media sosial mendakwa kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dan ibunya berusia 27 tahun yang juga isteri kepada suspek.

Menurut laporan tersebut, suspek balik ke Singapura selepas membunuh isteri dan anak tirinya, manakala anak bongsu mangsa diserahkan kepada mentuanya di Rumah Pangsa Taman Merdeka.

Semasa bersama keluarganya di Singapura, suspek dalam keadaan tertekan dan mengggigil mendedahkan kepada bapa serta adik beradiknya bahawa dia telah membunuh isteri dan anak tirinya pada 6 Oktober.

Ayah suspek menyuruhnya menyerah diri kepada pihak polis, namun suspek bertindak melarikan diri dari rumah keluarganya di Singapura.

2 Trackbacks / Pingbacks

  1. Dua Kepala Mangsa Sudah Ditemui, Pembunuh Kejam Ditahan Reman - HOIVIRAL
  2. Baru Kahwin Dua Bulan, Suami Bakar Isteri Hidup-hidup - HOIVIRAL

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*