Suspek Kerat 8 Angguk Faham Selepas Pertuduhan Dibaca, Berdepan Hukuman Mati

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Suami kepada mangsa bunuh kerat 8 dihadapkan di Mahkamah Majistret Melaka, hari ini atas dua tuduhan membunuh isteri dan anak tiri, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Nazrin Ali Rahim.

BACA : Kes Sudah Selesai, Motif Pembunuhan Kejam Mayat Dikerat 8 Terjawab!

Lelaki warga Singapura ini didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan apabila membunuh kedua-dua mangsa dan mayatnya ditemukan dikerat lapan berselerakan di kawasan semak di Kampung Ladang, Krubong, 10 Oktober lalu.

Berdasarkan pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa membunuh Norfazera Bidin, 27 tahun, dan bagi pertuduhan kedua, dia dituduh membunuh anak tirinya, Muhammad Iman Ashraf Abdullah, 11 tahun.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Anis Najwa Nazari tidak mencadangkan sebarang jaminan terhadap tertuduh.

Mahkamah kemudian menetapkan 16 Disember depan untuk sebutan semula kes, sementara menunggu laporan bedah siasat.

Sumber : Harian Metro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*