Suspek Langgar Syed Danial Disambung Reman, Isteri Suspek Dibebaskan

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Suspek seorang lelaki berusia 41 tahun yang disyaki melanggar Syed Muhammad Danial Syed Syakir dalam kemalangan di Kilometer 293.5 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran persimpangan Southville City, Bangi, 10 Ogos lalu, disambung reman selama lima hari.

BACA : 12 Saksi Tampil Bantu Selesaikan Kes Kemalangan Maut Syed Danial

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, permohonan reman terhadap suspek dilakukan di Mahkamah Seksyen Bandar Baru Bangi, kira-kira 10 pagi tadi.

“Permohonan reman terhadap suspek lelaki dibenarkan untuk disambung semula selama lima hari bermula hari ini hingga 21 Ogos nanti bagi siasatan lanjut.

“Reman isteri suspek pula tidak disambung semula,” – jelas Ahmad Dzaffir kepada Harian Metro.

Permohonan sambung semula reman terhadap suspek dibuat selepas tempoh reman tujuh hari sebelum ini tamat hari ini, manakala reman isteri suspek tidak disambung.

Terdahulu, viral 3 buah video yang memaparkan sebelum dan selepas kejadian mangsa, Syed Danial dilanggar oleh suspek, Yew Wei Liang yang menyebakan mangsa meninggal dunia semasa menerima rawatan di hospital.

Dua Lagi Video Insiden Kemalangan Arwah Danial Dikongsi Netizen Tular

1 Trackback / Pingback

  1. Suspek Langgar Syed Danial Dituduh Esok Di Bawah Seksyen 302 KK Kerana Membunuh - HOIVIRAL

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*