Suspek Langgar Syed Danial Dituduh Esok Di Bawah Seksyen 302 KK Kerana Membunuh

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Selepas reman disambung semula selama lima hari yang berakhir hari ini, suspek langgar Syed Mohammad Danial Syed Syakir dituduh esok di Mahkamah Sesyen Kajang.

BACA : Suspek Langgar Syed Danial Disambung Reman, Isteri Suspek Dibebaskan

Menurut Timbalan Ketua Polis Negeri Selangor, Datuk Ab Rashid Ab Wahab, suspek lelaki berusia 40 tahun itu akan dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Timbalan Pendakwa Raya telah bersetuju untuk menuduh suspek di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” – jelas Datuk Ab Rashid Ab Wahab kepada Harian Metro.

Terdahulu, suspek Yew Wei Liang dan mangsa, Syed Mohammad Danial Syed Syakir mengalami kemalangan kecil di Kilometer 293.5 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran persimpangan Southville City, Bangi yang berakhir dengan kematian.

Syed Danial dilaporkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Nilai Medical Centre dan suspek bersama isteri ditahan reman untuk siasatan lanjut.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*