Rempuh Mangsa Hingga Maut, Suspek & Isteri Direman 7 Hari

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Susulan kes seorang lelaki berusia 29 tahun yang maut dipercayai dirempuh oleh suspek berusia 41 tahun di Kilometer 239 Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban semalam mendatangkan spekulasi di kalangan netizen.

BACA : “Digilis Berulang Kali” – Lelaki Maut Dilanggar & Digilis Selepas Kemalangan Kecil

Ekoran daripada kejadian itu, suspek yang dikenali sebagai Yew Wei Liang ditahan polis bersama isterinya yang berusia 36 tahun untuk membantu siasatan kes yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Ekoran itu, polis menahan suspek serta isterinya berusia 36 tahun untuk membantu siasatan kes berkenaan yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Suami isteri itu direman tujuh hari bermula hari ini hingga 17 Ogos ini untuk siasatan lanjut,” – Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat.

Suspek dan isteri direman bermula hari ini sehingga 17 ogos ini untuk siasatan lanjut kematian mangsa, Syed Muhammad Danial Syed Syakir dipercayai cedera parah di bahagian kepala hingga ke perut akibat rempuhan MPV milik suspek.

Memetik Harian Metro, mangsa dirempuh menyebabkan mangsa tersepit di antara kereta suspek dan penghadang jalan.

“Digilis Berulang Kali” – Lelaki Maut Dilanggar & Digilis Selepas Kemalangan Kecil

4 Trackbacks / Pingbacks

  1. Dua Lagi Video Insiden Kemalangan Arwah Danial Dikongsi Netizen Tular - HOIVIRAL
  2. Polis Siasat Individu Sebar Maklumat Palsu Insiden Kemalangan Maut Syed Danial - HOIVIRAL
  3. (Video) Serah Diri Lepas Tumbuk Cermin Sisi Kereta & Maki Wanita Langgar Keretanya
  4. Yew Wei Liang Didakwa Bunuh Syed Danial, Suspek Dakwa Polis Paksa Untuk Mengaku - HOIVIRAL

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*