“Tidak Perlu Minta Izin Pun, Arwah Benarkan Saya Nyanyikan Lagu Dia – Syafiq Farhain

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

“Apa masalahnya jika saya menyanyikan lagu arwah bapa?” Itulah soalan pertama dari mulu Syafiq Farhain apabila ditanya mengenai isu ibu tirinya perlukan izin darinya jika hendak menyanyikan lagu arwah Saleem.

BACA : “Kalau Nak Nyanyi Lagu Saleem Perlu Minta Izin & Bayar!”

“Dalam perkara ini tidak perlu nak minta izin pun. Kalau nak tahu, sebelum saya menandatangani kontrak menjadi penyanyi, arwah benarkan saya nyanyikan lagu dia. Saya ingat lagi dia cakap, lagi bagus saya nyanyi sebab orang boleh ingat lagunya.

“Kata-kata itu saya pegang sampai sekarang. Malah, setiap kali saya bertemu arwah dia tidak pernah pun larang saya daripada menyanyikan lagunya,” – Syafiq Farhain.

Syafiq Farhain tetap akan menyanyikan lagu arwah bapanya sekiranya mendapat permintaan daripada pihak penganjur persembahan dan memberitahu semasa bapanya masih hidup, dia tidak pernah menghalang dia untuk menyanyikan lagunya.

Sumber : hmetro

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*