“Tak Pernah Saya Dengar Kalau Nyanyi Kena Minta Kebenaran” – Syafiq Farhain

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Minggu lepas, isteri arwah penyanyi Saleem, Julia Bachok ada memberitahu sekiranya ingin menyanyikan lagu arwah, perlu meminta kebenaran dan perlu memberi bayaran kepada pihaknya.

BACA : “Kalau Nyanyi Lagu Saleem, Kena Minta Izin dan Bayar!”

Walaupun isu tersebut tidak menyentuh nama sesiapa, anak arwah Saleem, Syafiq Farhain telah memberi komen lebih lanjut mengenai isu yang dicetuskan oleh ibu tirinya itu.

“Tak pernah pulak saya dengar kalau nyanyi lagu kena minta kebenaran

Saya nyanyi lagu arwah ayah saya atas permintaan, kadang-kadang ada otai-otai atau abang-abang yang lahir sezaman dengan lagu arwah minta saya nyanyi lagu arwah” – Syafiq Farhain

Melihat video di Instagram Media Hiburan baru-baru ini, sekali lagi Syafiq diminta mengulas perkara tersebut dan memberitahu tidak pernah mendengar atau mengetahui sekiranya menyanyikan lagu mana-mana  artis, perlukan kebenaran dan bayaran pada pihak-pihak tertentu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*