“Celah Kangkang Saya Sakit…” – Syafiq Kyle Dedah Pengalaman Terapung Dengan Mimi Lana

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Pelakon Syafiq Kyle mendedahkan aksi terapung di dalam bersama pelakon Mimi Lana merupakan babak paling sukar dilakukan pelakon olehnya menerusi filem terbaharu, Pusaka yang menyebabkan celah kangkangnya sakit.

BACA : Isu Video Lucah, Syafiq Kyle Mahu Aiman Tino Berfikir Dengan Waras

Menurut Syafiq, dia terpaksa menahan sakit di celah kangkangnya disebabkan tali pada jaket pelampung yang dipakai perlu melalui kawasan tersebut.

“Antara semua babak, saya rasa babak ketika saya dan Mimi terapung itu paling mencabar. Celah kangkang saya sakit disebabkan tali yang menampung badan saya.

“Babak itu perlu dilakukan berulang kali dan agak lama juga. Jadi, saya perlu fokus pada emosi, raut wajah dan pada masa sama menahan sakit.

“Bagi saya ia babak yang paling mencabar dalam filem itu. Tapi Alhamdulillah, kami semua berjaya lakukan yang terbaik,” – jelas Syafiq kepada mStar.

Bagaimanapun, babak yang paling mencabar dalam filem itu berjaya dilakukan oleh Syafiq dan Mimi Lana dengan terbaik. Fuhh, lega!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*