Tabung #FreeNajib Dilancarkan, Telah Mencecah RM11,000

06/07/2018

Baru-baru ini, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah dihadapkan ke mahkamah berhubung dengan skandal 1MDB dan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah diperintahkan untuk membayar sebanyak RM1 juta bagi wang ikat jamin.

BACA : Tabung Harapan Malaysia Kumpul RM7 Juta Dalam 24 Jam

Bagi membantu Najib, Sekretariat Solidariti Najib Razak hari ini melancarkan Tabung #FreeNajib yang bertujuan mengumpulkan dana sebanyak RM500,000 bagi membayar baki wang ikat jamin selepas RM500,000 telah dibayar semalam.i.

“Kami sebagai ahli Umno dan rakyat Malaysia ingin menyumbang kepada Najib agar beliau tidak terbeban dengan bayaran baki RM500,000. Tabung akan dibuka sehingga jam 12 tengah hari Isnin depan sebelum menyerahkan jumlah terkumpul bagi membayar jaminan bagi pihak Najib.

“Ramai yang telefon saya untuk membantu dan ada yang telah menderma RM2, RM3 sebelum dimasukkan akaun. Alhamdulillah, ramai ahli Umno dan rakyat kasihan dengan Najib dan mahu membantu,” – Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii.

Razlan mengatakan setakat ini tabung #FreeNajib telah mencecah RM11,000 dan berharap dapat mengumpul RM500,000 sebelum tarikh akhir pembayaran ikat jamin sebelum Isnin depan.

Kepada yang ingin memberi menderma, korang bolehlah memberi sumbangan melalui akaun CIMB Bank milik Kelab Belia Berkhidmat bernombor 8601952060.


Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Terima Kasih.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post: