Taip ‘PM Jika Berminat’, Anda Akan Dipenjara & Didenda

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Jika anda seorang penjual atau pembeli secara atas talian (online), sudah pasti anda sudah biasa dengan istilah PM yang merujuk kepada Private Message jika ada bakal pelanggan atau anda berminat dengan sesuatu produk yang dijual sama ada di Instagram mahu pun di laman sosial Facebook.

Tetapi anda dalam bahaya selepas ini sekiranya anda memberi komen di post jualan anda dengan ayat ‘PM Jika Berminat’ atau pun ayat-ayat lain yang membawa maksud mahukan pelanggan mesej peribadi anda untuk sesuatu produk jualan anda.

Ini semua telah dikeluarkan kenyataan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) semalam di mana memberi amaran kepada peniaga atas talian supaya tidak lagi mengamalkan akronim itu ketika urus niaga.

Penjual juga dikehendaki memberi info dan harga yang tepat untuk sesuatu produk yang dijual serta perlu mengikut peruntukan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 dengan harus memaparkan beberapa maklumat seperti berikut:

*Harga perlu dibayar
*Nama penjual atau syarikat
*Nombor Pendaftaran Perniagaan
*Maklumat untuk dihubungi seperti nombor telefon atau alamat atau emel
*Keterangan produk
*Kaedah pembayaran
*Terma dan syarat
*Anggaran masa penghantaran

Sekiranya penjual online gagal mematuhi lapan ketetapan asas disenaraikan oleh pihak KPDNKK boleh didenda sehingga RM50,000 atau penjara tidak lebih daripada tahun atau kedua-duanya sekali.

Jika anda tidak berpuas hati dengan penjual online yang masih tidak mengikut kehendak yang telah ditetapkan oleh KPDNKK ini, anda boleh terus menghubungi bahagian penguatkuasaan KPDNKK menerusi talian 1-800-886-800.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 Comment

  1. Nampaknya kerajaan dah pandang lebih serius sikit hal cegini… Baik untuk pengguna & baik juga utk online sellers… Thanks share 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*