“Saya Takut Hilang Peminat” – Tajul Mengakui Sorok Perkahwinan

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Akhirnya spekulasi mengenai status perkahwinan penyanyi Tajul Ariff terjawab apabila dia tampil membuat pengakuan yang dirinya sudah berkahwin dengan isterinya, Nurul Shamieza Eddie, 23 tahun, pada 10 Disember 2017.

BACA : “Saya Tidak Keluar Hujung Minggu, Takut Dikerumuni Peminat” – Tajul

Menurut penyanyi berusia 21 tahun itu, antara sebab utama dia merahsiakan perkara itu kerana bimbang akan kehilangan peminat ketika sedang membina nama dalam industri seni dan tidak mahu mencampurkan urusan peribadi dengan kerjayanya.

“Ya, memang betul saya sudah berkahwin dengan Nurul Shamieza Eddie pada 10 Disember 2017. Salah satu sebab saya tidak berkongsi kerana ketika itu saya tengah bina nama, jadi takut hilang peminat.

“Selain itu, saya juga tidak mahu privasi keluarga saya diganggu dan tak nak netizen mula campur adukkan kehidupan peribadi dengan kerjaya seni saya.

“Tapi saya tiada niat untuk sorok atau menipu mana-mana pihak.

Kalau ikutkan, seluruh keluarga saya, isteri serta pihak pengurusan dan rakan terdekat mengetahui perkara ini,” – jelas Tajul kepada mStar Online.

Bukan itu saja, Tajul turut mengakui isterinya kini sedang hamil lapan bulan dan dijangka melahirkan cahaya mata pertama mereka pada hujung November depan.

“Saya Tidak Keluar Hujung Minggu, Takut Dikerumuni Peminat” – Tajul

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 Trackback / Pingback

  1. "Saya Akan Beranikan Diri" - Tajul Sudah Bersedia Sambut Anak Pertama - TEHPANAS

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*