“Banyak Darah… Seram Macam Nak Pengsan…” – Tajul

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Semalam isteri kepada penyanyi Tajul iaitu Nurul Shamieza Eddie selamat melahirkan bayi perempuan di Hospital Kajang kira-kira pukul 11.56 malam.

BACA : “Saya Akan Beranikan Diri” – Tajul Sudah Bersedia Sambut Anak Pertama

Dalam pada itu, Tajul meluahkan rasa bersyukur dengan kelahiran cahaya mata sulungnya itu yang diberi nama Adriana Carissa.

“Alhamdulillah, isteri saya dah pun selamat bersalin secara normal pukul 11.56 malam tadi. Saya mendapat bayi perempuan bernama Adriana Carissa.

“Perasaan saya bercampur baur… gembira pun ya, sedih pun ada.

“Dalam pukul 6 petang semalam dia ada beritahu yang perut dia dah rasa tak sedap dan mula rasa sakit. Saya terus bawa dia ke hospital dan dia ditahan di sana,” – jelas Tajul kepada mStar.

Dalam kegembiraan menimang cahaya mata, penyanyi berusia 21 tahun itu mendedahkan bawah dia nyaris pengsan di dalam bilik bersalin kerana fobia melihat darah.

“Masa tengok dia sakit, banyak darah… seram macam nak pengsan juga. Tapi pengalaman itu yang buat saya lebih menghargai isteri.” – Tajul

Bagaimanapun, demi memenuhi hasrat isterinya itu, Tajul memberanikan diri menyaksikan proses kelahiran secara normal tersebut.

Tajul juga berterima kasih kepada korang yang banyak mendoakan kesejahteraan dia dan isterinya sebelum ini.

“Saya Takut Hilang Peminat” – Tajul Mengakui Sorok Perkahwinan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*