“Tak Kuasa, Anak Akan Jadi Poyo Kalau Ada Instagram!” – Faezah Elai

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Jika dilihat sekarang, seperti menjadi ‘kewajipan’ semua selebriti yang melahirkan anak untuk membuka akaun Instagram.

BACA : Shaheziey Sam Buka Akaun Instagram Anak Pada Hari Pertama

Berbeza dengan pelakon Faezah Elai yang tidak terfikir untuk membuka Instagram buat dua orang anak perempuannya iaitu Dealova Heyrinna berusia 4 tahun dan Aurora Heyrinna baru sahaja berusia setahun lima bulan.

“Tak kuasa! Instagram saya sendiri pun saya kadang-kadang malas hendak kemaskini apatah lagi untuk anak-anak.

“Kalau saya hendak muat naik gambar mereka pun biarlah di Instagram saya sahaja dan tidak perlulah sampai hendak buka Instagram mereka.

“Nanti kalau mereka ada Instagram sendiri dan dikenali orang, mereka jadi ‘poyo’ pula. Biarlah mereka mereka membesar secara normal,” – Faezah Elai.

Faezah menjelaskan selain tidak mahu mendedahkan anak-anaknya dengan laman sosial kerana mereka masih kecil, dia juga tidak berminat untuk menerima sebarang tawaran sekiranya ada pihak yang ingin mengambil anaknya berlakon atau pun sebagai duta produk.

Antara anak-anak selebriti yang mempunyai pengikut di Instagram yang ramai adalah anak kepada pasangan Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya iaitu Lara Alana yang mempunyai 2.7 juta pengikut, manakala Yusof Iskandar anak kepada Hairul Azreen dan Hanis Zalikha dengan 1.3 juta pengikut.

Tidak kurang dengan Aaisyah Dhia Rana, anak Rozita Che Wan dan Zain Saidin yang mempunyai hampir 400 ribu pengikut di laman sama dan mereka semua aktif dalam bidang seni sehingga ada yang mempunyai rancangan realiti sendiri serta menjadi duta produk.

ArtisBuzz – Ada benarnya apa yang dikatakan oleh Faezah Elai ni, tapi…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*