“Tak Payah Panggil Datuk, Panggil Sahaja Nassier” – Datuk Nassier Wahab

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Penyanyi Nassier Wahab baru sahaja menyandang gelaran Datuk tetapi tetap dengan ikap ‘low profile’ dan hanya mahu dikenali dengan panggilan Nassier seperti sebelum ini.

“Alhamdulillah, saya hanya mampu berkata syukur atas rezeki Allah yang tidak dijangka ini.

“Terima kasih atas semua ucapan tahniah yang dikirim yang mana ada kenalan mula mengusik dengan status panggilan saya selepas ini.

“Tak payah susah-susah kerana pangkat tidak membawa kita ke mana-mana. Panggil sahaja saya Nassier kalau itu yang mendekatkan kita, saya tak kisah,” – Datuk Nassier Wahab.

Nassier telah dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang pada Isnin dan mendakwa mula menerima banyak panggilan dan mesej daripada kenalan terdekat mengucapkan tahniah.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*