“Takkan Nak Post Gambar Kubur & Batu Nisan” – Wak Doyok

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Gara-gara Wak Doyok memuat naik gambar sebuah rumah banglo yang dihadiahkan khas untuk ibu bapanya di akaun Instagram miliknya, ramai yang mengkritik tindakan Wak seperti menunjuk dan berlagak.

Mungkin bengang dan berang dengan kritikan dan kecaman netizen di Instagram, Wak Doyok membidas kembali kritikan mereka dengan ayat-ayat yang pedas!

“Instagram dicipta untuk post gambar-gambar yang kita suka dan kongsi sama-sama untuk kita nikmati kebahagian, keseronokan tetapi ada pula yang benci dengan apa yang kita muat naik”

“Kalau begitulah caranya takkanlah kita nak post gambar perkuburan? #Haters Batu Nisan dah tertulis nama kau. Salam hujung minggu,” tulis Wak Doyok pada caption gambar di Instagram.

Wak Doyok menjelaskan hadiah rumah banglo kepada ibu dan bapanya itu untuk menghargai pengorbanan mereka dan berhasrat untuk membawa ibu bapanya ke Mekah untuk menyambut hari raya di sana.

ArtisBuzz – Ramai selebriti Malaysia berhari raya di Mekah tahun ni kan…

4 Trackbacks / Pingbacks

  1. 5 Artis Tempatan Berlagak Tayang Beg Tangan Mewah Hermes Birkin
  2. “Ramai Wanita Mat Salih Cuba Dekati, Tapi Saya Tolak” - TEHPANAS
  3. “Ramai Wanita Mat Salih Cuba Dekati Saya, Tapi..." - Wak Doyok - TEHPANAS
  4. “Ramai Wanita Mat Salih Cuba Dekati Saya, Tapi…” – Wak Doyok - Hmetro Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*