Tangan Tertusuk Chopstick, Tunjuk Skill Buka Botol Bir

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Dalam tempoh dua minggu, sebuah hospital di China menerima lima pesakit dengan kecederaan yang hampir sama iaitu tertusuk chopstick gara-gara menggunakannya untuk membuka botol bir.

BACA : Berlari Lalu Terjatuh, Chopstick Tertusuk Ke Dalam Mulut

Disebabkan itu, doktor di China memberi amaran kepada orang ramai jangan cuba meniru aksi bahaya membuka botol bir dengan kayu penyepit yang tular di media sosial sekarang, lapor Daily Mail.

Dalam kes terbaru, seorang lelaki berusia 20an terpaksa menjalani pembedahan untuk mengeluarkan kayu penyepit sepanjang dua sentimeter yang menembusi tapak tangannya.

Gambar yang didedahkan oleh Hospital Perubatan Tradisional Cina Xiaoshan di timur wilayah Zhejian menunjukkan kejadian ngeri itu namun objek terbabit berjaya dikeluarkan menerusi pembedahan selama 30 minit.

“Mereka semua cedera akibat tangan tercucuk kayu penyepit. Pesakit ini pula menekan kayu penyepit dengan kuat hingga tercucuk. Jarinya berasa kebas mungkin disebabkan sarafnya menjadi rosak,” – Dr Xiong Zhenfei.

Doktor di hospital terbabit, Dr Xiong Zhenfei memberitahu City Express bahawa mereka menerima lima pesakit dengan kecederaan yang hampir sama dalam tempoh dua minggu.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*