Tangan Wanita Ini Bengkak Dan Melepuh Selepas Berinai

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Seorang wanita yang ingin mencuba berinai (black henna) yang popular ketika bercuti menjadi mimpi ngeri apabila kedua-dua tangannya bengkak dan melepuh selepas berinai.

Wanita yang dikenali sebagai Sophie Akis menunggu selama 24 jam untuk menguji inai tersebut pada kulitnya sebelum membuat pembayaran sebanyak 4 pound bagi tatu sementara itu.

Kejadian berlaku semasa mangsa bercuti bersama keluarganya di sebuah resort di tepi pantai Agadir, Maghribi dan didatangi seorang peniaga jalanan (perkhidmatan inai) di pantai.

Mangsa berusia 22 tahun yang sedang bercuti bersama suami dan beberapa saudara maranya yang lain, bagaimanapun memilih untuk menguji inai tersebut di kulitnya dan menunggu selama 24 jam sebelum membuat pembayaran sebanyak 4 pound bagi tatu sementara yang popular itu.

Ibu mangsa, Wendy mendakwa selepas beberapa jam anaknya menggenakan inai itu, Sophie mula rasa gelisah apabila tangannya membengkak dan melepuh.

Wendy juga menasihatkan orang ramai yang bakal melancong ke luar negara lebih berhati-hati sebelum mendapatkan khidmat membuat tatu sementara atau inai dari peniaga yang tidak bertauliah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*