Tangkap Penembak Monyet ‘Baby Sayang’, NGO & Individu Tawar Ganjaran RM4,500

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Sebelum ini, pihak polis ada mengeluarkan kenyataan akan mengesan lelaki yang didakwa menembak monyet yang disuruh menyebut ‘baby sayang’.

BACA : Tembak Monyet Tak Sebut ‘Baby Sayang’, Polis Buru Si Penembak

Menerusi Facebook Persatuan Haiwan Malaysia – Malaysia Animal Association, NGO tersebut menawarkan sebanyak RM2,000 sebagai ganjaran untuk menangkap lelaki di dalam video tersebut.

Selain RM2,000 yang ditawarkan oleh Persatuan Haiwan Malaysia itu, tampil pula individu lain yang masing-masing menaikkan ganjaran tersebut menjadikannya RM4,500 supaya tertangkapnya si pelaku itu.

Video yang tular itu memaparkan betapa kejamnya seorang lelaki menembak seekor monyet gara-gara disuruh menyebut ‘baby sayang’ mengundang kemarahan netizen.

Rata-rata netizen mendesak agak pihak berkuasa dapat mengesan dan menangkap suspek penembak monyet ‘baby sayang’ itu.

Menurut portal lain, si pelaku ini berasal dari Kampung Serdang, Sitiawan, Perak dan monyet yang ditembaknya adalah kepunyaan majikannya.

Untuk tonton video lelaki tembak monyet ‘Baby Sayang’ versi asal (HD), sila klik sini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 Trackback / Pingback

  1. Lelaki Tembak Monyet 'Baby Sayang' Ditangkap Polis Bersama Bapa - TEHPANAS

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*