Tarikh Bayaran BSH 2019 Fasa Kedua Bermula 28 Mei 2019

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Pembayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 fasa kedua akan dilaksanakan mulai 28 Mei ini membabitkan hampir 3.6 juta penerima dengan anggaran peruntukan sebanyak RM1.42 billion.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, menjelaskan pembayaran fasa kedua itu adalah berdasarkan kategori yang merangkumi bilangan anak tanggungan dan nilai BSH 2019 yang akan diterima, memetik MyMetro.

Lim Guan Eng memberitahu kadar BSH yang akan diterima mengambil kira 3.23 juta anak penerima berumur 18 tahun ke bawah kecuali anak kurang upaya (OKU) yang tidak dihadkan umur mereka.

“Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing. Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank, pembukaan akaun bank pemohon secara automatik akan dilakukan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) berdasarkan persetujuan dan akuan pemohon yang terdapat pada borang permohonan BSH 2019.” – Lim Guan Eng

Kepada yang masih belum menerima BSH 2019 ini tetapi merasakan diri mereka benar-benar layak, tempoh permohonan rayuan BSH ini akan dibuka mulai 1 Julai hingga 15 Ogos 2019.

Untuk mengelakkan kekeliruan,  jika ada sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2747 serta e-mel kepada bsh@treasury.gov.my.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*