Umum Tarikh Bonus Hari Raya 2019, Negeri Sarawak Jadi Yang Pertama

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Seperti tahun sebelum ini, sudah pasti menjelang Hari Raya Aidilfitri, harapan tinggi setiap penjawat awam daripada kerajaan adalah bonus raya.

BACA : Bonus Raya RM1,000 Untuk Penjawat Awam, CUEPACS Harap Kerajaan Beri Sebelum Hari Raya

Sebelum ini, CUEPACS ada menyuarakan kepada kerajaan agar bonus raya diberi kepada semua penjawat awam sebanyak RM1,000 dan pesara (yang sudah pencen) sebanyak RM500 tetapi sehingga hari ini belum ada jawapan.

Ramai yang terkilan apabila, Kerajaan Negeri Sarawak telah pun mengeluarkna memo rasmi yang menjelaskan tarikh pembayaran bonus hari raya 2019 pada 23 Mei 2019 ini sebanyak RM500 kepada semua penjawat Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak.

Bonus raya 2019 itu juga termasuk bonus untuk sambutan Hari Gawai Dayak yang bakal disambut segelintir penduduk di Sarawak.

Ini menjadikan, negeri Sarawak antara yang terawal dan pertama mengumumkan tarikh pembayaran bonus Hari Raya 2019.

Setakat ini, negeri-negeri lain belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai bonus hari raya 2019 termasuklah kerajaan Malaysia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*