Tarikh Gaji Kakitangan Kerajaan / Penjawat Awam Tahun 2018

30/11/2017

Setiap tahun, jadual gaji kakitangan kerajaan atau penjawat awam kerajaan akan mula dikemaskini dan dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia dan kali ini, jadual gaji kerajaan telah didedahkan.

BACA : Permohonan Baharu Dan Kemaskini BR1M 2017 Secara Online

Untuk tarikh gaji sektor kerajaan bagi tahun 2018 agak berbeza dengan 2017 kerana terdapat 3 tarikh ‘keramat’ pada bulan yang berbeza dengan gaji yang sangat awal dari tarikh biasa. Suka?

Okay, seperti setiap tahun gaji pada bulan Januari tiada yang istimewa, begitu juga dengan Januari 2018, gaji akan masuk pada 25 Januari 2018.

Ya! Bulan Februari selalu memberi kejutan dan untuk tahun 2018 gaji pada bulan Februari akan masuk ke dalam akaun bank anda pada 08 Februari 2018 untuk membuat persediaan Tahun Baru Cina yang akan disambut pada 16 dan 17 Februari 2018.

Seronok? Jangan seronok sangat kerana anda akan mengharungi lebih 40 hari untuk merangkak kepada gaji pada bulan Mac 2018.

Hari Raya Puasa akan disambut pada 16 dan 17 Jun 2018 dan sudah pasti gaji pada bulan Jun akan dibayar awal dari tarikh biasa. Gaji bulan Jun 2018 akan dibayar pada 07 Jun 2018, 10 hari sebelum menjelang Hari Raya Puasa. Sempatlah shopping baju raya kot.

Pada bulan Ogos pula, gaji kakitangan kerajaan akan dibayar pada 14 Ogos 2018 sempena Hari Raya Haji yang bakal disambut pada 22 Ogos 2018.

Selain dari tarikh yang kami nyatakan iaitu bulan Februari, Jun dan Ogos, bulan-bulan yang lain akan dibayar pada tarikh biasa iaitu hari Khamis sebelum 25 haribulan.

Carian Anda :

Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Terima Kasih.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post: