Tarikh Gaji Kakitangan Kerajaan Tahun 2016

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Mesti ramai yang tertunggu-tunggu dengan jadual pembayaran gaji kakitangan kerajaan tahun 2016 supaya mudah untuk bajet perbelanjaan bulanan. Betul tak?

Untuk gaji tahun 2016 ini, tidak banyak bulan yang bayaran gaji diawalkan berbanding tahun 2015 sehingga diawalkan 9 haribulan dan ini semua bergantung dengan hari perayaan yang telah ditetapkan.

Untuk bulan Februari, Tahun Baru Cina telah ditetapkan pada 08 dan 09 Februari 2016 dan tarikh gaji untuk bulan Februari tidak berubah iaitu 25 Februari 2016 (Khamis).

Seperti tahun-tahun yang lain, Pesta Kaamatan atau Pesta Menuai ditetapkan pada tarikh 30 & 31 Mei dan tarikh gaji bulan Mei 2016 hanya diawalkan sehari sahaja iaitu 24 Mei 2016 (Selasa).

Begitu juga dengan perayaan Hari Gawai yang disambut pada 01 & 02 Jun dan tarikh gaji bulan Jun mengikut jadual iaitu 23 Jun 2016 (Khamis).

Hari Raya Puasa untuk tahun 2016 adalah 06 dan 07 Julai 2016 dan tarikh gaji bulan Julai juga tidak berubah dan mengikut jadual gaji 2016 iaitu 25 Julai 2016 (Isnin). Manakala Hari Raya Haji pula jatuh pada 12 September 2016 dan tarikh gaji bulan September 2016 diawalkan pada 22 September 2016 (Khamis).

Gaji pada bulan Oktober dan Disember 2016 mungkin menyebabkan anda tersenyum sedikit kerana gaji bulan tersebut akan ditetapkan masing-masing pada 20 Oktober dan 20 Disember 2016 kerana sambutan Hari Deepavali jatuh pada 29 Oktober 2016 dan Hari Krismas seperti biasa disambut pada 25 Disember 2016.

Kami telah sediakan Jadual Gaji 2016 dalam bentuk infografik supaya mudah untuk anda simpan di dalam smartphone anda atau anda boleh share dengan rakan lain sama ada menggunakan aplikasi Whatsapp, Wechat, Telegram dan sebagainya.

Infografik Jadual Gaji 2016 yang kami sediakan dalam saiz 600px x 600px seperti di atas. Untuk resolusi yang besar iaitu 1280px x 1280px, anda boleh dapatkan melalui pautan ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*