Tarikh Kemaskini Permohonan & Pembayaran Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) 2019

08/01/2019

Ramai yang sedia maklum Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) telah pun ditukarkan nama kepada Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) oleh kerajaan baharu dan ramai yang masih keliru dengan kelayakan mereka sama ada secara automatik layak atau pun perlu membuat permohonan BSHR semula.

Bagaimana cara untuk kemaskini permohonan Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) 2019?

Untuk mengemaskini dan membuat permohonan baharu Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) 2019 ini anda perlu menunggu tarikh pendaftaran permohonan atau tarikh kemaskini BSH 2019 yang bermula pada 1 Februari 2019 sehingga 15 Mac 2019.

Tarikh Bayaran Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) 2019

Walaupun tarikh permohonan dan kemaskini bermula 1 Februari 2019, namun pembayaran BSH fasa pertama sebanyak RM300 akan dilaksanakan pada 28 Januari 2019 mengikut pangkalan data lama (BR1M).

Jadi, kepada yang berjaya menerima bayaran BR1M dan BSH tahun lepas, anda akan secara automatik menerima bayaran pada 28 Januari 2019 ini nanti dan untuk fasa pertama anda tidak perlu mengemaskini permohonan.

Berikut adalah kategori pemohon yang akan menerima BSH 2019 pada tarikh 28 Januari 2019 nanti:

  • Berkahwin (Pemohon dan Pasangan adalah warganegara Malaysia); atau
  • Ibu bapa tunggal yang mempunyai tanggungan; atau
  • Warga emas sebatang kara

Harus diingat, untuk fasa kedua dan ketiga, anda diwajibakan untuk mengemaskini permohonan semula kerana permohonan akan ditapis semula dan pembayaran BSH akan disalurkan menggunakan kaedah baharu.

Kemaskini permohonan BSH 2019 ini bertujuan untuk mengenalpasti dan menapis supaya hanya yang betul-betul layak sahaja akan menerima Bantuan Sara Hidup 2019 ini.

Jika anda masih ragu-ragu dan keliru, anda bolehlah menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2747 segera!

Carian Anda :

Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Terima Kasih.

{ 1 comment… read it below or add one }

RAFFLEE B RODZI January 11, 2019 at 7:58 am

Perlukan bantuan kerajaan

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: