Tauke Jambu Akui Pelawak Baru Menyusahkan

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Siapa tidak kenal dengan Tauke Jambu yang sentiasa dengan lawak hambar selambanya dan kini sibuk beraksi di Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM 2017) bersama Achong dan Ropie dalam kumpulan Nice.

Namun, baru-baru ini Tauke mendakwa yang pelawak baru memberikan ‘tekanan’ kepada Tauke sebagai pelawak yang berpengalaman dan  menganggap kehadiran mereka sebagai ‘menyusahkan’ dirinya.

Whoppss! Maksud Tauke bukan ‘menyusahkan’ dari sudut negatif, maksud tauke menyukarkan bagi dia dan pelawak-pelawak senior bekerja lebih keras untuk mencari idea lebih segar dan berkualiti.

“Kehadiran pelawak baharu ini banyak menyusahkan kami sebagai pelawak-pelawak yang berpengalaman dalam industri.

“Kemunculan mereka telah menyebabkan kami harus berkerja keras mencari idea yang lebih segar dan berkualiti untuk bersaing di pentas MLM 2017.

“Mereka telah memberi saingan hebat kepada pelawak-pelawak lama dan kami harus untuk melakukan sesuatu yang lebih bagus daripada mereka,” – Tauke.

Ini kerana pelawak baharu sekarang ramai yang berbakat, kreatif dan idea pelawak baru sentiasa segar dalam setiap persembahan di MLM 2017.

ArtisBuzz – Dah cukup lama ke dalam dunia lawak sampai labelkan diri sendiri sebagai pelawak lama? Ahaks!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*