Tolong OKU, Bukan Samun! Pemandu Myvi Dedah Cerita Sebenar Dikejar Orang Ramai

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Susulan 3 rakaman pemandu Perodua Myvi berwarna biru memandu secara melulu yang viral di media sosial sejak semalam mencetuskan tanda tanya netizen yang menontonnya kerana belum ada lagi sebarang kenyataan yang sahih.

BACA : “JPJ Pun Nak Samun Orang” – Myvi Rempuh Lebih 20 Buah Kereta Semasa Larikan Diri Lepas Samun

Bagaimanapun, kami menerima info terbaru mengenai kejadian yang melibatkan lebih 20 buah kenderaan dirempuh oleh Myvi KEB7975 itu dan pemandu itu sendiri telah mendedahkan cerita sebenar apa yang terjadi.

Cerita dia macam ni, suspek yang berusia 25 tahun itu pada 12 Disember 2019, jam lebih kurang 12 tengahari, dia telah ke Bukit Bintang untuk berjumpa dengan rakannya, Ah Chong untuk meminjam duit.

Suspek yang bertugas sebagai Pembantu Penguatkuasa KP19, JPJ Wangsa Maju itu meminjam duit untuk tujuan balik ke kampungnya di Kuala Nerang, Kedah.

Selepas 1 jam berjumpa dengan Ah Chong di sebuah hotel bajet di Bukit Bintang, dia pergi ke kedai 7 Eleven Bukit Bintang untuk memeriksa akaun bank di mesin ATM dalam kedai 7Eleven (7E) tersebut.

Malang baginya kerana wang belum dimasukkan oleh rakannya dan semasa dia keluar daripada 7E, dia berjumpa dengan lelaki India OKU yang meminta tolong membawa ke bank bagi urusan memasukkan duit untuk tujuan SOCSO.

Suspek pun membantu lelaki OKU tu ke bank dan semasa dalam perjalanan, suspek mengesyaki lelaki OKU itu telah ditipu oleh individu lain.

Sebaik sahaja diberitahu diirnya ditipu, lelaki OKU itu bertindak cuba turun daripada kereta yang sedang bergerak menyebabkan suspek terpaksa berhenti di tepi jalan dan menghalang lelaki OKU itu daripada terjun dari kereta.

Dalam masa yang sama, lelaki OKU itu menjerit dia disamun menyebabkan kebetulan beberapa penunggang motosikal berhenti dan cuba memecahkan cermin kereta suspek.

Suspek panik terus melarikan diri dan semasa melarikan diri itulah dia terpaksa bergelut merempuh kenderaan yang lain seperti di dalam video yang viral sebelum ini.

Itulah cerita sebenar daripada pemandu Myvi tu, namun pihak polis masih mengesan lelaki OKU itu untuk mengesahkan cerita daripadanya.

Lagi pun, suspek semasa saringan awal air kencing didapati positif dadah.

“JPJ Pun Nak Samun Orang” – Myvi Rempuh Lebih 20 Buah Kereta Semasa Larikan Diri Lepas Samun

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*