Tulis Perkataan Puk*mak Di Kertas Saman, Mekanik Berhadapan Denda RM10 Ribu & Penjara 5 Tahun

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Gara-gara menulis perkataan lucah di kertas saman pada ruangan tandatangan, seorang mekanik didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret Seremban.

BACA : Hina Polis Sebagai Anjing, Tukang Masak Ditahan Polis

BACA : Bengang Kena Saman, Lelaki Kutuk Polis Trafik Sebagai ‘Babi Sial’

Nor Exzuan Nor Hashimy, berusia 35 tahun, dihadapkan dua pertuduhan menulis perkataan lucah pada kertas saman dan menghalang penjawat awam menjalankan tugas pada April lepas dan mengaku bersalah.

Tertuduh didakwa mengaibkan kehormatan anggota polis Lans Koperal Mohd Firdaus Adnan dengan menulis perkataan lucah di bahagian tandatangan pada kertas saman di tepi jalan Persiaran Senawang 1, pada 2.10 pagi, 28 April lalu.

Menurut laporan Sinar Harian,  dia didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Manakala pertuduhan kedua, tertuduh yang merupakan seorang mekanik itu didakwa menghalang anggota polis yang sama menjalankan tugas di lokasi dan masa yang sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun, denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*