Tutup Kedai Demi Solat, Peniaga Di Kelantan Bakal Disaman?

Kedai yang sedang beroperasi tutup ketika solat di Kelantan bukanlah perkara asing bagi yang pernah datang ke negeri Kelantan yang boleh dikatakan kuat dengan pegangan agama.

Namun, bagi bekas ahli parlimen Kota Bharu, Datuk Zaid Ibrahim berkata, dasar yang diperkenalkan itu tiada asas dan mendakwa kerajaan PAS memaksa rakyatnya mengikuti peraturan itu.

Datuk Zaid Ibrahim mendakwa ingin menghentikan peraturan menutup kedai selama 15 minit sewaktu solat Maghrib dan bakal menyaman kepada sesiapa yang mengikuti peraturan yang dikatakan tiada asas itu.

“Ia OK jika kita berada di negara yang diperintah Talibah atau mullah. Tetapi dalam amalan demokrasi, dasar mesti mempunyai asas perundangan,” – Datuk Zaid Ibrahim.

Kepada yang belum tahu, peniaga di negeri Kelantan telah diarahkan menutup premis kedai untuk beri laluan kepada peniaga beragama Islam untuk solat Maghrib selama 15 minit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*