Vape & Rokok Elektronik Adalah Haram

Majlis Fatwa Kebangsaan akhirnya secara rasmi telah mengumumkan penggunaan rokok elektronik dan vape adalah haram.

Isu ini berterusan apabila selepas beberapa negeri di Malaysia mengharamkan jualan vape dan rokok elektronik.

BACA SINI : PENJUALAN VAPE DIHARAMKAN

Majlis Fatwa Kebangsaan menetapkan rokok elektronik dan vape ini haram selepas mendengar penjelasan oleh pakar-pakar, termasuk Kementerian Kesihatan terhadap kesan penggunaan vape kepada kesihatan pengguna.

Ini semua telah ditetapkan berdasarkan kepada Qaedah Saad Al-Zaraia iaitu menutup keburukan yang lebih besar dan berbahaya.

Selain daripada impak kemudaratan kesihatan, penggunaan vape dan rokok eletronik juga turut membazir wang, dan mensia-siakan masa serta harta.

Bukan rokok elektronik dan vape sahaja yang haram, rokok dan sisha sebelum ini telah diumumkan sebagai haram ya!

Punca penggunaan vape disekat di Malaysia

Punca vape disekat dan diharamkan penggunaan serta penjualan di sesetengah negeri di Malaysia adalah punca daripada pengguna vape sendiri.

Mengapa? Kerana pengguna vape ‘sangat bangga’ dengan vape masing-masing dan menyedut serta menghembus asap palsu tersebut tidak kira tempat dan waktu. Padan muka!

Perkara ini menyebabkan orang sekeliling tidak senang dan menyampah melihat perilaku pengguna vape yang tidak sopan lebih-lebih lagi di tempat dan sesak seperti kedai makan.

Ada juga yang sebelum ini tidak menghisap rokok, tetapi menghisap asap palsu daripada vape ini. Dah elok tak membazirkan duit untuk membeli rokok, bazirkan pula membeli vape yang tiada faedah itu!

Sebelum ini sisha diumukan haram tetapi penggunaan secara terhad iaitu di kedai-kedai makan dan tempat-tempat tertentu tidak mengganggu orang lain menyebabkan isu sisha tidak mendapat perhatian seperti vape.

TEHPANAS – Lain kali ada benda baru, jangan macam kera sumbang! Berlagak dengan vape, letak atas meja makan, sedut asap palsu tu lepas tu jeling orang sebelah sambil hembusss…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*