(Video) Ada Lagi Kes Lawan Arus, Kini Giliran Myvi Pulak

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Ada lagi rupanya yang ‘sakit otak’ memandu melawan arus selepas perempuan memandu Gen 2 melawan arus dan merempuh sebuah Kelisa sehingga pemandunya meninggal dunia.

BACA : Perempuan Lawan Arus Sengaja Bunuh Pemandu Kelisa?

Kali ini giliran sebuah kereta Perodua Myvi yang memandu melawan arus di Johor. Kereta Myvi ini bukan sahaja melawan arus, tetapi menunggu di lorong jalan yang salah dan bertentangan semasa menunggu lampu merah di traffic light! 

Video yang dirakamkan ini mendedahkan kereta berkenaan menunggu di lorong yang salah di traffic light tetapi tidak pula cuba untuk memotong barisan dan bertukar ke lorong pada arah yang sepatutnya. Jom kita lihat video ;

VIDEO KERETA MYVI LAWAN ARUS, TUNGGU TRAFFIC LIGHT DI LORONG SALAH (PART 1)

Myvi Lawan Arus Tunggu Di Traffic Light (Part 1)

Lagi kes lawan arus, kini giliran Myvi pulak!Berita penuh – http://www.tehpanas.com/video-ada-lagi-kes-lawan-arus-kini-giliran-myvi-pulak/

Dikirim oleh TEHPANAS pada Jumat, 17 Maret 2017

VIDEO KERETA MYVI LAWAN ARUS, TUNGGU TRAFFIC LIGHT DI LORONG SALAH (PART 1)

Myvi Lawan Arus Tunggu Di Traffic Light (Part 1)

Myvi Lawan Arus Tunggu Di Traffic Light (Part 2)Senak Otak! – www.tehpanas.com

Dikirim oleh TEHPANAS pada Jumat, 17 Maret 2017

Walaupun kenderaan yang lain membunyikan hon, tetapi tiada apa-apa reaksi daripada pemandu kereta Myvi tersebut dan kemudiannya membelok ke kanan, masih melawan arus seterusnya meneruskan perjalanannya dengan arah trafik yang betul.

Kita fikir positif, mungkin pemandu Myvi yang tersilap lorong melawan arus ini sesat jalan. Mungkin? tetapi kalau ada berlaku kemalangan disebabkan engkau, jangan pula engkau mengaku yang diri engkau itu OKU!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*