“Ini Aliff Aziz, Ini Aliff Syukri” – Datuk Aliff Syukri Tunjuk Perbezaan Kepada Netizen

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Mengakui penat dengan cacian dan makian netizen gara-gara tempias dengan kontroversi terbaru Aliff Aziz dengan remaja perempuan bernama Nismell, sebentar tadi, Datuk Aliff Syukri memuat naik video dia bersama poster Aliff Aziz.

LIHAT : (Video) Aliff Aziz Check In Hotel Dengan Awek Tik Tok 17 Tahun, Siap Balut ‘Rokok’ Lagi

“Jom saya ajar ini perbezaan saya dan Aliff Aziz… Cuba tengok gambar betul-betul, kan berbeza hidung, gigi, mata dan semua,” – tulis Aliff Syukri

Menurut Aliff Syukri, dia membuat video tersebut supaya netizen dapat membezakan dirinya dengan Aliff Aziz agar tidak lagi komen pada setiap posting Instagram mengenai Aliff Aziz.

“Saya buat video kerana penat dengan cacian dan makian netizen setiap kali posting saya…

Hmm… doakan yang baik-baik untuk beliau,” – tulis Aliff Syukri

Melalui video perbezaan antara Aliff Syukri dan Aliff Aziz itu, dia mendoakan semoga Aliff Aziz berbahagia hingga ke jannah.

Selain itu Aliff Syukri juga berpesan kepada semua orang terutamanya netizen, jangan kecam dan kutuk Aliff Aziz, dan memohon supaya mendoakan yang baik-baik sahaja.

Alif Satar memuat naik gambar ‘kecewa’ selepas terkena tempias kontroversi Aliff Syukri

Video tersebut mengundang pelbagai reaksi kepada netizen dan antaranya meminta agar giliran Alif Satar pula untuk membuat video perbezaan antara Aliff Aziz dan Alif Satar. Heh!

Video Instagram perbezaan antara Aliff Syukri dan Aliff Aziz

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*