(Video) Kantoi Rakam Wanita Dalam Tandas, Lelaki Ini Buat Suara Perempuan

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Seorang lelaki terpaksa menyamar menjadi perempuan dengan membuat suara perempuan selepas kantoi merakam aksi wanita di dalam tandas wanita stesyen minyak Shell di Paka, Terengganu

BACA : Lelaki Rakam Wanita Kencing Di Tesco Bahau Berjaya Ditangkap

Pada mulanya, seorang wanita mendakwa terdengar bunyi bising seperti tong sanitary pad diubah kedudukannya dalam tandas.

Kejadian yang berlaku pada jam 9:10 malam semalam, wanita itu meminta teman lelakinya memanggil kakitangan stesen minyak tersebut untuk memeriksa.

“Saya intai di bawah, nampak dia pegang camera sebab bunyi bising macam ubah tong sanitary pad itu.

“Saya keluar terus minta teman lelaki panggil staff Shell sendiri untuk buka. Bila staff ketuk pintu, dia buat suara perempuan. Bila intai, memang kaki lelaki.

“Bila diugut, barulah dia buka dan memang confirm lelaki,” katanya.

Walau bagaimanapun, lelaki tersebut menafikan dakwaan itu dan memberi alasan demi alasan yang tidak masuk akal.

Gambar kaki skodeng tandas wanita Shell Paka Terengganu

Apabila telefon bimbitnya diperiksa oleh orang awam yang lalu di situ, didapati terdapat banyak gambar-gambar wanita yang sudah menjadi mangsanya.

“Bila diperiksa, telefon bimbit penuh dengan gambar perempuan Cina, Melayu yang dirakam secara intai dalam tandas. Dalam download folder, dia download video yang spesis dalam tandas juga. Gila seks betul lelaki ini,” katanya.

Wanita terbabit bersyukur dia terselamat dari menjadi mangsa lelaki gila seks itu dan turut menasihatkan golongan wanita di luar sana sentiasa berhati-hati apabila menggunakan tandas awam.

VIDEO LELAKI KANTOI RAKAM WANITA DALAM TANDAS

Kantoi rakam wanita dalam tandas, lelaki ni buat suara Sajat 😆.“Dalam telefon penuh dengan video dan gambar perempuan Cina, Melayu yang dirakam…” – Mangsa..Info penuh : https://bit.ly/2DvfK91

Dikirim oleh TEHPANAS pada Kamis, 18 April 2019

Sumber : Syed Che Din

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*