Video Kereta Klon Viral di Facebook, Polis Cekup Seorang Lelaki

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Ekoran sebuah video yang tular di laman Facebook semalam, seorang lelaki telah ditahan oleh pihak polis kerana menggunakan kereta klon yang menyamai dengan pemilik video tersebut.

Video berdurasi 55 saat itu menunjukkan seorang lelaki terkejut apabila mendapati sebuah kenderaan model Toyota Vellfire yang sama nombor pendaftaran di parkir di luar sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 3 Mei lalu.

Sebaik sahaja merakam video tersebut, lelaki itu terus membuat laporan polis dan sepasukan anggota polis membuat pemeriksaan terhadap kenderaan yang dipercayai menggunakan nombor pendaftaran palsu itu.

“Selepas membuat pemerhatian selama 30 minit, seorang lelaki tempatan masuk ke dalam MPV itu dan menghidupkan enjin.

“Anggota polis terus menahan lelaki itu dan membuat semakan nombor chasis kenderaan. Hasil semakan mendapati pendaftaran asal kenderaan itu adalah atas nombor pendaftaran lain,” – Ketua Polis Daerah Brickfields

Menurut MyMetro, pihak polis berjaya menahan seorang lelaki selepas membuat pemerhatian selama 30 minit dan merampas kenderaan tersebut serta alat kawalan jauh kenderaan itu, nombor pendaftaran hadapan dan belakang serta cukai jalan.

Video kereta Toyota Vellfire klon viral di Facebook

TehPanas – Teringat dengan arwah Amin Beyond yang mengamuk di JPJ Batu Uban 3 tahun lepas pasal kereta klon. Tak lama lepas tu mati kena tembak. Al-fatihah…

Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*