(Video) Kisah Sebenar Polis Tembak Punggung Rakan

18/07/2017

Awal pagi tadi kira-kira jam 5 pagi, seorang polis yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Bukit Aman dikatakan tertembak punggung rakannya di sebuah gerai di Setapak.

BACA : Cemburu Isteri Ada Skandal, Punca Pegawai Polis Tembak Isteri

Dakwaan tertembak punggung rakan itu didedahkan sendiri oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh yang mendakwa suspek bersama dua rakannya sedang minum arak di gerai tersebut.

Namun, sebuah video berdurasi 1 minit 39 saat yang viral sejak pagi tadi cukup untuk menceritakan kisah sebenar apa yang berlaku sehinggakan anggota polis tersebut melepaskan tembakan.

Ternyata kenyataan Ketua Polis KL bercanggah dengan video tersebut dan sumber yang kami perolehi punca pergaduhan berlaku apabila teman wanita polis tersebut duduk bersama dengan sekumpulan lelaki India dan Melayu di hadapan bar.

Sebelum kejadian, suspek bersama rakan dan teman wanita minum arak di dalam bar dan suspek bergaduh serta memukul teman wanitanya itu.

Teman wanitanya tidak tahan dipukul seterusnya lari dan duduk bersama sekumpulan lelaki India dan Melayu menyebabkan suspek marah dan datang ke meja mereka memperkenalkan diri sebagai anggota polis dan memukul semula teman wanitanya itu.

Akhirnya berlaku pergaduhan antara suspek dan seorang lelaki India menyebabkan suspek melepaskan tembakan mengenai punggung mangsa sebanyak 2 das, 1 das pada belakang kaki mangsa dan 4 das dilepaskan di udara.

Kebetulan masa itu, polis MPV lalu di kawasan tersebut dan ternampak pergaduhan tersebut seterusnya menahan suspek bersama rakannya, manakala yang lain termasuk teman wanita suspek melarikan diri.

Takde makna tertembak punggung rakan, sebab lelaki India tu bukanlah rakan suspek dan tembakan itu adalah sengaja, bukanlah tertembak.

VIDEO POLIS MABUK GADUH & TEMBAK DISEBABKAN PEREMPUAN

Kes polis mabuk tembak orang awam… hmmm…

Posted by TEHPANAS on Tuesday, 18 July 2017

TehPanas – Lain kali jangan putar alam, sebab sekarang ni bukti ada di mana-mana…


Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Terima Kasih.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post: