Video Lagu ‘Abang Nak Tegur’ Dapat Banyak Unlike Di Youtube, Dato Aliff Syukri Tanya Netizen

30/11/2017

Hairan dengan video lirik lagu sulungnya iaitu lagu ‘Abang Nak Tegur’ mendapat banyak unlike berbanding like di YoutubeDato Aliff Syukri bertanyakan kepada kepada followers nya di Instagram.

“abg nak tegur?? kenapa org tekan button unlike kat youtube lirik vedio saya?”

Rasa-rasanya, bukan sekali sahaja Dato Aliff menaip perkataan video dengan perkataan vedio. Kalau sekali dua tu bolehlah dikatakan typo. Setiap kali dia taip video, mesti akan menaip perkataan vedio. Alahai Dato, eja ler betul-betul ye Dato.

Sehingga artikel ini ditulis, sebanyak 72 ribu unlike yang diterima oleh penonton video lagu Aliff Syukri yang berduet bersama Nur Sajat ini dan hanya 9 ribu sahaja like untuk video lirik lagu itu.

Rata-rata followers dan penonton video lirik lagu Abang Nak Tegur itu tidak gemar dengan lagu tersebut kerana Dato Aliff didakwa tersilap orang untuk diajak berduet.

Ada yang mengatakan lagu tersebut akan ‘sempurna’ sekiranya Dato Aliff berduet dengan isterinya sendiri dan bukan berduet dengan perempuan jelmaan iaitu Nur Sajat dengan liriknya, “Cepat cepat, jangan lambat lambat”…

Dato Aliff Syukri sorok nama Nur Sajat dekat cover CD lagu Abang Nak Tegur?

Jika anda perasan dengan post terbaru Dato Aliff mengenai lagu sulungnya itu berserta dengan cover cd (sampul tertulis KRU), nampaknya nama teman duetnya sengaja ditutup dengan jarinya.

Adakah Edry KRU selaku pencipta lagu ini tersilap tulis nama sebenar Sajat pada sampul cd tersebut? Ahaks!

Walaupun mendapat unlike yang banyak, namun lagu tersebut sudah mendapat 748,961 kali tontonan semasa artikel ini ditulis dan kekal trending no 4 sejak 2 hari lepas di Youtube. Bravo!

Harap Dato Aliff record lagi sekali lagu ni, tukar Sajat tu dengan isteri Dato sendiri. Mesti lagi power lagu ni sebab isteri Dato Aliff pun penyanyi kumpulan nasyid Solehah dahulu.

Video Dato Aliff & Nur Sajat Live Lagu ‘Abang Nak Tegur’

TehPanas – Kemurungan seketika selepas menonton video Dato Aliff & Sajat live nyanyi lagu dorang…

Carian Anda :

Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Terima Kasih.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post: