Video Makan Kucing Hidup-hidup Viral, Lelaki Berhadapan Penjara 8 Bulan & Denda 8 Sen

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Susulan rakaman video yang memaparkan seorang lelaki makan seekor kucing hidup-hidup viral di media sosial, seorang lelaki di Jakarta, Indonesia sedang diburu polis.

BACA : Wanita Jilat Aiskrim & Letak Semula Dalam Peti Sejuk Kedai

Dalam kejadian dipercayai di sebuah pasar utama di Jakarta, Indonesia baru-baru ini, lelaki berusia sekitar 40-an itu dilihat memegang kucing berkenaan sebelum menggigit bahagian badan haiwan malang itu hingga perutnya terburai.

Lelaki yang memakai topi biru dengan jaket coklat itu juga mengaku berada dalam keadaan sedar ketika melakukannya.

Menurut pihak Polis Metro Kemayoran, pihaknya masih menyiasat rakaman video itu dan memburu pelakunya namun belum berhasil, lapor media tempatan.

“Apakah dia dalam tekanan, itu kami tidak pasti. Kita ingin mengetahui apa tujuan dia sebenar makan kucing di khalayak ramai,” – polis.

Video yang tersebar di media sosial itu, menyebabka rata-rata netizen berang dengan tindakan lelaki yang dipercayai tidak siuman itu dan ada juga yang mengaitkannya dengan unsur mistik.

Sehingga sekarang polis belum dapat mengenal pasti motif tindakan tidak berperikemanusiaan lelaki itu.

Polis memberitahu, jika lelaki itu ditangkap, lelakit itu bakal dipenjara dan denda minimum Rp300 (lebih kurang RM0.08).

Sumber : Coconuts

Wanita Jilat Aiskrim Diburu, Bakal Dipenjara 20 Tahun & Denda RM41,454

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*