Video ‘Nak Duit Raya Tak’ Viral, Bapa Ingin Bertemu Si Perakam Video

19/06/2018

“Nak duit raya? Duit raya habis, hahaha!!!” Itulah ayat seorang lelaki yang memuatnaik video yang mempermainkan sekumpulan kanak-kanak dengan ‘mengumpan’ duit raya di laman sosial akhirnya memakan diri apabila menerima kecaman hebat daripada netizen sehingga menutup akaun Twitter, Instagram dan Facebook miliknya.

LIHAT : Video ‘Nak Duit Raya Tak, Duit Raya Habis, Hahaha!’

Awal pagi tadi, kami dihubungi oleh bapa kepada salah seorang kanak-kanak di dalam video tersebut agar kami dapat membantu butiran lelaki tersebut dan meminta agar lelaki tersebut meminta maaf secara terbuka atau menghubunginya melalui Whatsapp.

Mesej daripada bapa Nur Qistina Huda

Melalui mStar pula, bapa kepada kanak-kanak itu, Shahrulnizam Jaafar yang juga merupakan pesara anggota tentera memberitahu ingin bertemu dengan si perakam video yang tular itu.

“Sebagai ayah saya tak boleh diamkan perkara ini. Tujuan saya nak jumpa dia bukan nak lepaskan geram, memukul atau mencederakannya.

“Ada yang suruh tumbuk, suruh pukul tapi saya masih waras dan tahu batas undang-undang.

“Saya pun tak nak berdendam dan biarkan ia berlarutan. Saya mahu dia tampil dan memohon maaf kepada anak saya dan sepupunya yang dirakam dalam video itu,” – Shahrulnizam Jaafar

Kejadian yang berlaku semasa anak beliau, Nur Qistina Huda berusia 8 tahun pergi beraya pada hari raya pertama bersama dua sepupunya di sekitar Kampung Sungai Keria, Perlis itu menyebabkan Qistina balik mengadu kepada bapanya.

“Dia ada balik mengadu. Selepas kejadian itu dia pun tak ada mood nak beraya. Tapi tak sangka pula ada video sehinggalah diberitahu oleh adik saya pada petang Isnin.

“Mungkin orang tu niat nak bergurau tapi tak kena tempat. Cuba bayangkan kalau saudara mara sendiri yang kena. – Shahrulnizam Jaafar

Dek kerana video tersebut, ramai netizen menghantar mesej peribadi kepada kami untuk mendapatkan butiran Qistina untuk memberi duit raya kepadanya. Alhamdullillah, murah rezeki adik Qistina.

Antara mesej yang hendak memberi duit raya kepada kanak-kanak tersebut

LIHAT : Video ‘Nak Duit Raya Tak, Duit Raya Habis, Hahaha!’

Carian Anda :

Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Terima Kasih.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: