“PrinceMeed Memang Real Diganggu Roh Dari Dybbuk Box” – Pierre Andre ‘React’ Video PrinceMeed Kena Ganggu

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Kecoh sehari dua ni mengenai seorang Youtuber Malaysia yang terkenal dengan content yang aneh dan misteri yang dikenali sebagai PrinceMeed.

Fara Mendoza Dirasuk Masa ‘Clubbing’ di Kelab Malam, Rakan Bacakan Ruqyah Untuk Menenangkannya

Baru-baru ini, dia mendakwa dirinya diganggu oleh ‘sesuatu’ daripada sebuah kotak sihir Dybbuk Box yang dia beli melalui laman web Ebay.

Jika korang menonton video yang PrinceMeed unboxing kotak sihir Dybbuk Box hari tu pun dah mula diganggu dengan bunyi-bunyi pelik dari arah lain dalam rumah dia.

Selepas unboxing Dybbuk Box itulah, kehidupan dia dah mula tak terurus kerana gangguan-gangguan daripada makhluk yang dipercayai daripada kotak sihir itu.

Pierre Andre percaya video itu adalah real!

Tidak ketinggalan, pelakon dan pengarah yang terkenal dengan dunia mistik, Pierre Andre menerusi laman Youtube miliknya mengulas mengenai kejadian yang menimpa diri PrinceMeed.

Selepas menonton video PrinceMeed diganggu oleh makhluk dari kotak sihir Dybbuk Box itu, dia menjelaskan bahawa video PrinceMeed adalah nyata dan bukannya dilakonkan seperti mana ramai yang komen bahawa PrinceMeed sengaja mengolah cerita demi content Youtube.

Menurut Pierre lagi, dia kasihan melihat keadaan PrinceMeed yang tidak terurus dan kelihatan tertekan dengan gangguan-gangguan makhluk halus di rumahnya.

Pengarah filem mistik itu juga berharap agar PrinceMeed bertindak untuk berbuat sesuatu dan meminta pertolongan daripada orang yang tahu bab-bab mistik untuk menyelesaikan kemelutnya itu.

Video Pierre Andre kupas isu PrinceMeed Diganggu Roh Dari Dybbuk Box

Video PrinceMeed Unboxing Kotak Sihir Dybbuk Box

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*