(Video) Raja Bomoh Guna Meriam Buluh Untuk ‘Memagar’ Malaysia Dari Serangan Negara Luar

12/03/2017

Raja Bomoh atau nama sebenarnya, Mahaguru Ibrahim Mat Zin sekali lagi muncul dengan ritual terbarunya dengan meriam buluh bertujuan memastikan 11 rakyat Malaysia yang ditahan sejak 7 Mac lalu dibebaskan.

Bukan sahaja demi 11 rakyat Malaysia tersebut, malah Raja Bomoh nekad untuk ‘memagar’ Malaysia dari serangan negara luar khususnya Korea Utara dengan menggunakan meriam buluh dan buah kelapa muda.

“Ritual Datuk pada kali ini untuk bertujuan untuk memagar (melindungi) Malaysia dari sebarang ancaman atau serangan negara luar khususnya Korea Utara.

“Selain daripada itu, upacara ini juga untuk melembutkan hati pemimpin tertinggi Korea Utara agar segera membebaskan 11 rakyat Malaysia ditahan sekaligus memulihkan isu yang semakin berlarutan ini” – Raja Bomoh

Jika dilihat dari video ritual Raja Bomoh itu, Raja Bomoh menggunakan teropong, buah kelapa dan lima meriam buluh sebagai simbolik serta berdoa bagi memastikan keselamatan rakyat negara ini.

Raja Bomoh memberitahu ritual yang dilakukan bukan untuk memprovokasi mana-mana pihak, tapi hanya sekadar langkah awal bagi memastikan konflik ini dapat diselesaikan segera.

VIDEO RAJA BOMOHO GUNA MERIAM BULUH JIKA DISERANG NUKLEAR KOREA UTARA

Bawa-bawalah bertaubat, kalau negara luar tertutamanya Korea Utara tengok, mesti mereka gelak terguling-guling…

TehPanas – Sebangang-bangang si Raja Bomoh, bangang lagi yang 3 orang pembantu dia tu…

Carian Anda :

Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Terima Kasih.

Previous post:

Next post: