Virus Anjing Gila Merebak, Mangsa Rabies Kelima Meninggal Dunia Malam Tadi

24/07/2017

Mangsa kelima wabak anjing gila atau rabies meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak (HUS) malam tadi selepas digigit anjing pada awal bulan Mei lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu mangsa Tinding Lambang, 52 tahun, daripada Kampung Remun, Serian, Sarawak meninggal pada pukul 10:43 malam tadi disebabkan oleh ‘rabies with underlying pulmonary tuberculosis’.

“Kesemuanya adalah dilaporkan di Serian, Sarawak. Tiada kes baru dilaporkan buat masa ini,” -Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Kematian Tinding merupakan mangsa dewasa pertama menjadikan jumlah kematian akibat wabak itu menjadi lima orang di Sarawak.


Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Terima Kasih.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post: