Wajah Sam Ke Ting Sebabkan Kematian 8 Remaja Berbasikal Akhirnya Didedahkan, Mengaku Tidak Bersalah

29/03/2017

Sebelum ini wajah Sam Ke Ting, pemandu kereta Nissan Almera yang menyebabkan 8 kematian remaja berbasikal 18 Februari lalu menjadi tanda tanya kerana tiada khabar berita mengenai isu ini, dan wajah serta siapa pemandu tersebut langsung tidak didedahkan.

BACA : Kemalangan Ngeri & Aneh Di Malaysia

Namun akhirnya wajah Sam Ke Ting telah didedahkan oleh pihak media semalam semasa berada di Mahkamah Majistret Trafik, Johor Bahru membicarakan kes atas tuduhan memandu secara melulu sehingga mengakibatkan 8 kematian remaja terbabit.

Spekulasi yang mendakwa Sam Ke Ting adalah anak orang kenamaan bergelar Datuk adalah tidak benar kerana wanita ini merupakan individu biasa yang bekerja sebagai jurujual dengan pendapatan RM2,000 sebulan.

Sam Ke Ting dikemukakan dibicarakan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda tidak lebih RM20,000 serta lesen memandu digantung.

Mahmakah membenarkan Sam Ke Ting diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin serta memerintahkan pasport diserahkan kepada mahkamah sementara lesen memandu digantung sehingga kesnya selesai selain menetapkan pengurusan kes pada 13 April ini.

Menurut peguam Faizal Mokhtar yang mewakili Sam Ke Ting, tertuduh juga tahu banyak pihak yang geram dan tidak puas hati dengan kejadian tersebut, termasuk ahli keluarga mangsa yang maut.

Mangsa yang maut dalam rempuhan tersebut ialah Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14; Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimee, 14; Muhammad Firdauz Danish Mohd. Azhan, 16; Fauzan Halmijan, 13; Mohamad Azhar Amir, 16; Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14; Muhammad Shahrul Nizam Maruddin, 14, dan Haizad Kasrin, 16.

TehPanas – Cukup 40 hari baru ada dengar cerita ni… Syukur…

 

Carian Anda :

Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Terima Kasih.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post: