Akui Mencari Imam, Wan Maimunah Masih Menunggu Jodoh Datang

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Siapa tidak kenal dengan Wan Maimunah, pelakon veteran yang penuh beremosi apabila melakonkan sesuatu watak mengakui masih menunggu jodoh datang dan tidak pernah untuk menutup pintu hatinya kepada yang sudi.

Sedar akan dirinya sudah berusia 62 tahun, Wan Maimunah menjelaskan perkahwinan bukan lagi cenderung untuk memenuhi nafsu, sebaliknya lebih kepada mencari imam, itu pun akan menerima lamaran jika anak bakal pasangannya bersetuju mereka mendirikan rumah tangga.

“Selepas kembali hidup bersendirian beberapa tahun lalu, ada juga yang datang bertanya. Cuma, saya terpaksa tolak kerana tidak mahu perkahwinan kami merenggangkan hubungan ayah dan anak.

“Kalau berkahwin semula, saya mahu ikatan yang bakal dimeterai direstui anak. Dalam menempuh kehidupan baharu, ia harus dibina dengan seluruh keluarga. Jika tidak, saya rela undur diri,” – Wan Maimunah.

Menurut MyMetro, Wan Maimunah menceritakan hidup tanpa suami, dia tidak kesunyian kerana mempunyai dua cahaya mata dan hidupnya juga dikelilingi ramai anak angkat yang sentiasa mengambil berat.

Namun, jauh di sudut hati, Wan Maimunah turut meluahkan harapan dipertemukan dengan insan dermawan yang sudi menaja pemergiannya ke Tanah Suci Makkah sebelum dia menutup mata.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*