Wanita China Mabuk Langgar Penunggang Motosikal Direman

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Semalam viral sebuah rakaman CCTV yang memaparkan sebuah kereta yang dipandu oleh wanita warga China merempuh penunggang motosikal hingga menyebabkan mangsa maut.

BACA : Didakwa Langgar Lari Dua Peserta Marathon, Cham Shan Jer Berhadapan Penjara 15 Tahun & Denda RM15,000

Wanita China itu direman selama empat hari bermula hari ini dan perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Pulau Pinang Nur Fadrina Zulkhairi terhadap wanita berusia 24 tahun terbabit.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang memberitahu pegawai penyiasat kes itu sudah diarahkan melengkapkan kertas siasatan untuk diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya.

“Kita cadang akan menuduh wanita berkenaan Selasa ini mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Setakat ini, hanya pemandu saja direman manakala reman terhadap pemilik kereta tidak diluluskan namun kita mengeluarkan saman terhadapnya mengikut Seksyen 26 APJ 1987,” – jelas Che Zaimani kepada Harian Metro.

Dalam kejadian berhampiran lampu isyarat simpang empat Jalan Dato Keramat, jam 6.50 pagi semalam, kakitangan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Mohaidin Gani Mohamad, 58, maut selepas motosikal ditunggang dirempuh Honda Accord dipandu wanita itu.

Siasatan awal mendapati pemandu wanita berkenaan mabuk namun polis masih menunggu ujian sampel darah bagi mengetahui kandungan alkohol dan dadah yang dijangka diperoleh dalam tempoh terdekat.

Video Wanita China Mabuk Langgar Penunggang Motosikal

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*