Bengang Bayi Bising Ketuk Meja Guna Sudu, Wanita Hamil Simbah Sup Panas

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Video CCTV memaparkan seorang wanita hamil menyimbah sup panas pada bayi perempuan berusia 11 bulan gara-gara terlalu bising mengetuk meja menggunakan sudu di salah sebuah restoran di Xiangchen, Henan.

Suspek yang dikenali sebagai Ren berusia 28 tahun pada mulanya menegur ibu bayi tersebut mengenai anaknya yang bising itu, namun suami Ren memujuk untuk keluar dari restoran tersebut.

Ren tidak puas hati dengan bayi tersebut masuk semula ke dalam restoran selepas 10 minit dan mengambil semangkuk sup panas lalu disimbah pada mangsa.

Akibat simbahan sup panas itu, bayi tersebut mengalami luka melecur di bahagian belakang badan dan punggung, memetik Daily Mail.

Menurut pekerja restoran, sebelum kejadian Ren kelihatan bengang selepas bertengkar dengan suaminya.

Jika diikutkan, kesalahan Ren itu boleh menyebabkan dia ditahan selama 15 hari dan denda 500 yuan (RM300).

Tetapi undang-undang di China menetapkan wanita hamil tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang dan Ren hanya membayar kos perubatan mangsa.

Bagaimanpun, kes masih dalam siasatan polis memandangkan kecederaan serius yang dialami oleh mangsa dan ibunya.

Video bayi disimbah sup panas oleh wanita hamil

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*