Meneran Terlalu Kuat Ketika Membuang Air Besar, Wanita Ini Hilang Ingatan 10 Tahun

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Gara-gara meneran terlalu kuat ketika membuang air besar, seorang wanita di Hong Kong mengalami hilang daya ingatan 10 tahun.

Melihat mangsa menjadi tidak tentu arah, keluarganya membawa ke hospital tetapi doktor mendapati otaknya berfungsi seperti biasa dan normal.

Rupa-rupanya, mangsa hanya mengalami hilang ingatan selama lapan jam dan selepas pulih, dia langsung tidak mengingati apa yang berlaku dalam tempoh lapan jam itu, lapor Asia One.

Seorang pakar neurologi, Dr Peng Jiaxiong menjelaskan, istilah perubatan penyakit itu dikenali sebagai amnesia sementara yang mungkin disebabkan ketidakcekapan injap urat jugular dalaman di mana aliran darah ke otaknya terjejas.

Ini menyebabkan oksigen yang dibawa ke otak tidak mencukupi kerana sembelit dan doktor itu menjelaskan kejadian seperti itu jarang berlaku.

Bukan sahaja berpunca dari sembelit, mereka yang mengangkat objek berat atau mengalami tekanan emosi melampau berisiko besar untuk mengalami masalah itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*