Wanita Lakukan Ritual Jemur Bahagian Sulit Dakwa Mampu Tingkatkan Tenaga

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Seorang wanita yang melakukan ritual di bawah sinaran matahari dalam keadaan berbogel menjadi perhatian netizen selepas memuat naik gambar tersebut di Instagram.

BACA : Berbogel Di Jalan Sebab Mabuk Teruk, Polis Belikan Pakaian Untuk Lelaki Ini

Wanita yang dikenali sebagai Meagan itu mendakwa ritual ‘perineum sunning’ atau mendedahkan bahagian alat sulit di bawah sinaran matahari mampu membantu meningkatkan tahap tenaga dan membantunya tidur dengan lebih baik.

Gambar yang dikongsi oleh wanita berasal dari California itu memaparkan dia sedang berbaring di bawah sinaran matahari sambil mengangkat kakinya ke udara.

Meagan mendakwa dia melakukan ritual mendedahkan bahagian perineum kepada sinaran matahari selama lima minit setiap hari.

Menurut Meagan, 30 saat ritual yang dilakukan itu adalah ‘bersamaan dengan berjemur di bawah cahaya matahari sehari suntuk dengan berpakaian’.

Memetik portal Mirror, Meagan juga menegaskan, untuk mendapatkan hasil terbaik, ia harus dilakukan di antara jam 7-9 pagi.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*