“Sangap Anjirnya…” – Wanita Rakam Aksi Pekerja Tesco Melancap Depan Kereta

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Tidak diketahui apa motif sebenar seorang lelaki yang membuka seluarnya sehingga kelihatan ‘batang’ di hadapan kereta seorang wanita.

BACA : Video Skype Anggota Polis Usia 55 Tahun Viral, Tayang Alat Kemaluan Pada Awek Filipina

Menerusi laman Twitter @fifiezuriani, dia memuat naik rakaman video berdurasi 21 saat semasa dia berada di dalam kereta miliknya.

Menurut si perakam, lelaki tersebut merupakan pekerja Tesco dan kejadian berlaku di kawasan parkir Tesco, Ipoh.

“Sangap anjirnya lancap depan kete aku, beware girls this happen in parking lot Tesco, Ipoh,” – tulis @fifiezuriani di Twitter.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dan ada yang turut mempersoalkan kenapa wanita itu tidak membunyikan hon dan ada juga yang mempertikaikan kenapa dia tidak melanggar sahaja lelaki tersebut.

Menurut wanita itu, dia sengaja tidak membunyikan hon supaya dia dapat merakam perbuatan lelaki yang melancap di hadapannya dan sekiranya dia membunyikan hon, sudah pasti lelaki itu melarikan diri, jadi tiada bahan untuk dijadikan bukti.

Rata-rata netizen berang dengan tindakan lelaki yang tidak bermoral itu dan mahu wanita tersebut membuat laporan polis takut si pelaku membuat perkara yang sama kepada orang lain terutamanya kanak-kanak.

Dalam pada itu, seorang netizen yang merupakan pekerja tempat yang sama dengan si pelaku mendakwa lelaki tersebut ‘sakit’ kerana sebelum ini dia tidak pernah mengganggu orang dan mahukan wanita itu memaafkan dia.

“Ni kali kedua sebab first sekali dia dah start tunjuk dah waktu i park beli barang but cepat2 masuk tesco so lepas beli barang i ingat dia dah chaw tapi dia ada lagi i datang je terus dia keluarkan dia punya barang so i pon rakam la nak buat bukti report,” – jelas @fifiezuriani lagi.

Namun, wanita itu menegaskan sebelum rakaman video diambil, rupa-rupanya lelaki terbabit dah melakukan perkara yang sama menyebbakan wanita tersebut terus masuk ke dalam Tesco.

Diharap pihak Tesco Ipoh dapat mengambil tindakan pekerja mereka yang melakukan perkara yang tidak senonoh terhadap pelanggan sebelum kes ini berpanjangan.

Video pekerja Tesco Ipoh melancap depan kereta wanita

 

Video lelaki staff Tesco Ipoh tunjuk kemaluan hadapan pelanggan

Carian Anda :

1 Trackback / Pingback

  1. Polis Tetap Buru Lelaki Tayang Kemaluan Walaupun Mangsa Tidak Mahu Panjangkan Kes - HOIVIRAL

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*