“Berak Pun Kena Rakam!” – Wanita Terakam Wajah Lelaki Intai Dari Bawah Pintu Jamban

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Zaman sekarang ni nak berak pun susah sebab ada sahaja gangguan. Itulah yang terjadi kepada seorang wanita yang ‘pelaburannya’ terbantut apabila seorang lelaki cuba untuk mengintainya di dalam tandas.

BACA : Lelaki Intai Wanita Guna Kamera Sambung Terus Kepada iPhone 6

Menerusi laman Facebook, wanita itu berkongsi video yang berjaya dirakamnya dan kelihatan lelaki ‘sangap’ itu cuba mengintainya melalui bawah pintu tandas di sebuah stesen minyak di Thailand.

Pada mulanya, wanita itu singgah ke stesen minyak untuk menggunakan tandas dan melihat ruang di bawah pintu tandas agak luas menyebabkannya mengeluarkan telefon bimbit untuk cuba merakam melalui ruang tersebut.

Alangkah terkejutnya apabila tiba-tiba datang seorang lelaki masuk ke tandas itu dan terus mengintainya dari bawah pintu.

Bagaimanapun, wanita itu berjaya merakam wajah suspek dengan jelas dan lelaki itu terus keluar melarikan diri dari situ apabila sedar dirinya dirakam.

“Saya menggigil dan stesen itu pula sunyi sepi. Saya tak berani keluar kerana takut jika dia menunggu saya di luar sebab dia ternampak saya merakam video itu,

“Saya terus menghubungi rakan lelaki untuk datang mengambil saya. Kalau saya datang seorang diri, dia mungkin akan merogol dan membunuh saya selepas itu.” – tulis wanita itu di Facebook.

Dia juga hairan bagaimana lelaki itu masuk ke tandas wanita sedangkan pekerja stesen minyak terbabit sedang melakukan kerja-kerja pembersihan berhampiran tempat kejadian.

Wanita itu memberitahu bahawa pihak polis sedang melakukan usaha mengesan lelaki yang cuba mengintainya itu.

Video lelaki mengintai wanita berak dalam tandas

#เตือนภัยผู้หญิงเข้าห้องน้ำสาธารณะ ❗️📌📌📌ข้อดีของการเป็นคนคิดเล็กคิดน้อยและ #ถ่ายรูปแม่งทุกอย่าง เข้าห้องน้ำปั๊มจะไม่นั่งชักโครก นั่งโถราดเพราะสะอาดกว่า จังหวะนั่งแล้วรู้สึกว่าช่องประตูมันกว้างไป คือนั่งแล้วรู้สึกว่าเหมือนนั่งแหกขาโชว์ตรงกับช่องนี้เลย สงสัยว่าถ้ามีใครมองมาจากข้างนอกจะเห็นป่ะวะ เลยเอาโทรศัพท์ขึ้นมาถ่ายๆดูจังหวะไอ้ผีบ้านี่มันเดินเข้ามาก้มดูฉันพอดิบพอดี !!!!!!! ตัวสั่นแรงมาก ปั๊มคนน้อยด้วย ไม่กล้าเปิดประตูออกไป กลัวมันดัก เพราะมันเห็นเราถือกล้องอยู่ด้วย ต้องโทรให้ผู้มารับถึงในห้องน้ำ คิดดูว่าถ้าเป็นผู้หญิงมาคนเดียว มันจะไม่จี้คอข่มขืนคาห้องน้ำเลยเหรอ นี่ขนาดหน้าห้องน้ำมีเด็กปั๊มทำความสะอาดอยู่ อาศัยจังหวะไหนเดินเข้ามาห้องน้ำหญิงก็ไม่รู้ ต้องโรคจิตขนาดไหนถึงจะอยากเห็นคนนั่งขี้นั่งเยี่ยว เหี้ยมาก เกิดเป็นผู้หญิงนี่อันตรายอยู่รอบด้านจริงๆ 😰🤬🤬🤬🤬🤬🤬🤬#แก้ไขค่ะ..ปั๊มที่เกิดเหตุเป็นปั๊มแก๊ส ปตท.แต่เราเช็คอินผิดที่ ขอโทษทาง ปั๊มPT ละแม ด้วยค่ะ 🙏🏻#เพิ่มเติมค่ะ ท่านผกก.สภ.ละแม ได้ประสานมาแล้วว่ากำลังอยู่ในขั้นตอนของการตามตัวผู้ก่อเหตุ ขอบคุณท่านไว้ที่นี้ด้วยค่ะ 🙏🏻

Dikirim oleh อรทัย ชัยจำเริญสกุล pada Rabu, 04 Desember 2019

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*