“Ya Allah, Tak Betul Ke Ayat Aku Baca Tadi?” – Wanita Terkejut Pocong Muncul Masa Undur Kereta

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Seorang wanita dalam ketakutan apabila kelibat menyerupai hantu pocong muncul pada skrin kamera kereta semasa mengundurkan kereta.

Kejadian yang berlaku di Tawau, Sabah itu semasa wanita yang dikenali sebagai Tika Yusof baharu sahaja selesai berniaga di sebuah bazar Ramadan, Selasa lalu.

Menurut Tika menerusi Facebook miliknya, semasa mengundurkan kereta, dia tiba-tiba terlihat seseorang yang lengkap berkain putih berdiri di belakang kenderaannya dan ia berjaya dirakamkan menerusi kamera belakang keretanya.

Yang menghairankan Tika, masa dia masuk ke dalam kereta, dia tidak nampak apa-apa atau berasa sesuatu yang pelik.

“Masa ternampak tu saya hanya mampu mengucap dan terfikir samada ayat al-Quran yang saya baca tadi salah sehingga benda itu tetap muncul?

“Tapi demi mendapatkan bukti saya tetap beranikan diri merakamkan imej makhluk itu sebelum saya memecut tanpa menoleh kebelakang lagi,” – Tika Yusof.

Dalam situasi yang menakutkan itu, Tika sempat mengeluarkan telefon untuk merakamkan imej yang terpacul di kamera undurnya sebelum memecut keretanya keluar daripada kawasan letak kereta itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*