Liwat Lima Pelajar Tahfiz, Warden Dipenjara 133 Tahun & 42 Sebatan

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Gara-gara melayan nafsu syaitan meliwat pelajar tahfiz, seorang warden asrama dijatuhi hukuman penjara 133 tahun dan 42 sebatan di Mahkamah Sesyen, Kangar semalam.

Tertuduh dijatuhi hukuman tersebut selepas mengaku bersalah atas 26 pertuduhan liwat dan jenayah seksual terhadap lima pelajar tahfiz, bulan lalu.

Tertuduh yang dikenali sebagai Nawawi Anuar, 28 tahun, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad.

Nawawi dituduh melakukan kesalahan terbabit di Maahad Tahfiz al Quran Ar Raudhah Bohor Mali, Simpang Empat sepanjang April lalu terhadap lima pelajar berkenaan yang berusia antara 9 hingga 15 tahun.

Menurut portal Sinar Harian, Nawawi mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan liwat dan memaparkan video lucah melalui telefon bimbit kepada seorang lagi mangsa berusia 11 tahun.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*